You've strumbled to my wishland. Do follow my bloggie pretty+Follow me or go Home ?
//story SaβЧЧ lah
Author Story Linkies Credits
Latihan Industri Di Wildlife Park Langkawi 2015
25.2.16 | Thursday, February 25, 2016 | 0 comments
Memandangkan aku suka travel dan masa bulan feb tempoh hari aku pergi vacation dgn family aku dekat langkawi. Masa tu jugak lah aku dah jatuh cinta dengan langkawi so aku buat keputusan untuk ambik praktikal dekat langkawi. Aku ingatkan mak aku tak bagi tapi dia cakap boleh dengan bersyarat aku kena ada kawan praktikal sama-sama. Hah, mestilah kawan aku tu syada, Dah dia je yg aku ada dkt poly nie. I mean paling BFF nk  mati. Hahahaha.

So pengalaman aku praktikal dkt wlp (wildlifepark langkawi) memang best. Tapi biasa lah, semua tempat kerja ada kekurangan dia kan. Sama mcm dkt sini. Ada kelebihan ada kekurangan. Dekat bahagian wlp nie ada 4 section. ABC dan D. Setiap hari kami akan random untuk jaga setiap section. Kira aku nie customer services lah. Tour guide. Tapi guide bahagian section kau je yg masa bertugas tu melainkan kalau customer kau request utk sampai habis baru lah pergi. Masa  nie paling best sebab kau akan ternanti nantikan duit tips. Even tak berharap tapi mesti ada sedikit kuman dlam hati kau berkata-kata "ada tips tak agak2" hahah. depends la pada customer tu kadang dia bagi kadang tak. Berdasarkan pengalaman aku, biasanya customer melayu nie tak bagi. Majoriti lah xbagi nyerr, Customer arab yess dia bagi kau tips. Depa nie kaya. Asal kau layan depa, ilmu ciput pun tak apa, layan anak-anak dia, haaa dia bagi punya. Jujur la aku cakap kadang2 aku tak ikhlas jgk nk guide dieorang nie bukan sebab apa, sebab dieorang nie degil siket tak faham bahasa kurang ajar pun ya. Haihh stress aku dibuatnya masa musim depa tu. Tapi ilmu jgn kedekut lah ya.. even arab tu tak faham sangat apa aku cakap kau kena cari sesuatu yang boleh dia faham contohnya time tu jugak ke kau translate, kau tunjuk gambar ke kan, bahasa isyarat. Macam tulah lebih kurang. Bagus juga jadi tour guide nie sebab dia mcm cikgu. Beri ilmu pada anak2 murid. Pahala kita sentiasa mengalir kalau dia masih ingat apa yang kita sampaikan. 

Weh orang2 kedah peramah hang tauuu.. Seronok kawan dgn depa tu. Dengan aku2 ikut sekali loghat dia, Dkt dalam park nie tak ada harimau singa which mean takde haiwan yang buas2. Semua jinak semua kecik kecik comel comel. Sesuai sangat2 untuk orang yg ada anak kecik utk pergi kt tempat nie sbb dkt sini kau boleh feeding haiwan-haiwan kt dalam tu. Kita ada jual makanan utk haiwan dalam 1 bag tu utk semua haiwan rm6 .. itu tahun 2015 la. taktahu kalau tahun 2016 nie dia da naik harga ke belum. Harap2 kekal lah. Hihi. Biasa tempat pelancongan nie tak ada yang murah. Kalau kau pergi time cuti sekolah hah alamatnya mmg mahal lah. Percaya la aku. aku cerita nie based on experience tau!

Apa yang ada dkt dalam nie.. haa meh aku share gambaq. Aku malas nk taip satu satu sebab banyak kot kang bosan pulak an.. kita mula dkt section A dulu nahh..

Section A



Biasa section nie ada Macaw, Flamingo, Raccoon, Ular Sawa burma + batik, Brahma Chicken , ada lagi yang lain-lain. Takleh cakap semua nanti tak suprise. Hehe.

Section B



section B nie aviary di mana binatang2 dkt sec nie, di lepaskan. Freedom kecuali burung budgie sebab trademark burung budgie nie makan dkt atas tapak tangan kita. Haa boleh nampak kan burung2 tu hinggap kt atas tangan kita. Cer tengok gambar kancil tu. Dia pun sama lah terlepas ikut dan dia ja. Dia nie pemalu siket susah customer nk pegang dia. Aku sendiri pun tak dapat. Dapat cuit siket sikeet. Seronok dia makan ek.. binatang lain yang terlepas kt sec nie .. jeng jeng jeng.. suprise.. kadang2 dia dekat sebelah awak je haa merayau2. Hati-hati.

Section C



Dekat sini binatang buas dia buaya je. Jangan risau buaya dkt sec nie tak terlepas. Hahaha.. kt sini ada rusa kau boleh feed dia, arnab, sama la kau boleh feed jugak, tu haa landak. porcupine nama english dia pun kau boleh feeding dia. Ada ostrich, kawasari, emu, dan ada lagi yang harus dirahsiakan.

Section D





 nie section last. kecik je. ada helang, hornbill dengan monyet. Monyet paling super jinak and super comel nama dia max. Dekat gambar tu la nama dia max betina. Nie monyet "blue monkey" jangan tanya kenapa dia tak biru. Memang nama dia mcm tu. Biasa kt sec nie pertunjukkan haiwan eagle dgn hornbill.. tengok customer tu feed hornbill ini selepas kita bg talk, baru la boleh masuk ke dalam kalau nk cuba bagi makan. FREE sahaja.





nie nama dia helang merah.. yang pertunjukkan tu kita pakai helang "white bellied sea eagle"
tak ada gambar pula nk share sbb susah siket nk ambik gambar dia. Dia kan dalam sangkar.




itu jela aku nk share. Ada lagi aku nk cakap. Awak2 semua kalau pergi sana, TOLONG LAH, TOLONG SANGAT2, dengar cakap educator dkt situ dan signage (makanan utk feed haiwan) yang telah disediakan. Ikut peraturan. Haiwan nie kita tak boleh bagi sesuka hati kita. Dieorang nie ada makanan dia sendiri. Dia bukan mcm manusia makan je semua. Please tau ikut rules dan dgr arahan educator (guide) dekat sana. Kami nie penat kadang bukan apa contoh satu haiwan yg saya bagi. Flamingo. makanan dia fish pellet dan cara dia letak dkt tangan dan hulur. Jangan takut dan jangan buang terus campak ke dalam kolam dia SEBAB kami dah train flamingo tu utk makan di tangan. Kesian kt kami hari2 duk train dia bagi makan dkt tangan sbb trademrk dia makan dkt tangan. Ini tak. anda baling ikut suka anda. Customer yang lain akan tidak puas hati kalau flamingo tu taknak makan dkt tangan.  Sebab dah terbiasa orang campak fish pellet kt dalam kolam jadi dia tunggu lah makanan tu campak kt dalam kolam.

Contoh kedua, burung macaw. Awak akan complain kalau dia taknak dtg kt awak dengan alasan dia kenyang. Yes dia kenyang sbb anda yang buat. Awk bagi makan buah buahan. ye mmg dia boleh makan tapi kena beringat bukan awak sorang je yg dtg kt tmpt tu. Customer lain nk cuba dah dia tak mahu dtg. Bila educator kata bagi makan kuaci dan kacang so ikutkan aje. Kalau nk bg buah tanya dulu pada educator tu boleh tak nk bagi buah. Jangan risau jika awk xbagi buah dkt macaw pun, ada binatang yg lain makan buah tu. Food pack awk akan habis dengan bimbingan educator kt situ. Dia macam "kau pergi rumah orang, so kau kena ikut rules rumah org tu. jaga adab dan sebagainya". harap ini membantu.. insyaAllah. 
I'm Giving Up
4.3.15 | Wednesday, March 04, 2015 | 0 comments
Sekian lama tak update so tahun nie 2015 baru nk berhapdate. Something to share about the housemates. Okay dekat blog nie aku tak kisah kalau housemates aku sendiri yang baca. Aku pon tak pasti korang tahu blog aku ke tak tapi setahu aku syahadah je yg tahu blog adress aku nie, Aku nk jujur dekat sini segalanya. Agak panjang. Nak baca,baca. Taknak sudah. Its okay. Can we start?? *ayat presentation

Jujur aku mengaku sem 3 nie aku dah sangat sangat sangat PENAT, LETIH dan berkenaan dgn nya. Naik sem 4 aku LI, so lepas LI sem 5 aku tak dduk sini lagi. Harap maklum. Aku stay rumah classmates aku. Aku tak dduk asrama sbb aku tak suka rules. Aku penat dgn korang semua. Alahh kau pon bukan suka aku sangat kan? Bkn nya suka pon aku dgn syahadah dduk rumah nie. So nak jadikan cerita yg tersangat2 aku penat nie adalah waktu time aku tukar grouping.

Image result for tired

Apa? grouping je pun. Takkan hal taik cicak tu pun nk di besarkan cerita, Common la. Okay dulu kau pernah cakap "please tegur aku kalau aku buat kerja last min" aku rasa aku dah tegur. Okay la okay la tak tegur. Aku cuma tegur "......( nama di rahsiakan) kau buat yg nie tau. nie bahagian kau dgn ....... ( nama di rahsiakan lg)" kira okay pe aku igtkan kau ttg asngment. Org kata kdg kene faham tempat org. Ye aku faham. Kau nk kerja kau nk cari rezeki utk tak beban kan parents kau. Good girl tp cara kau salah. Kau boleh pergi kerja tp pleasee tolong settlekan asgment DAHULU kalau ada kerja grouping. Kerja2 yg kena submit awal tu kau buat dulu settlekan bahagian kau yg aku dah bagi2 kan utk korang.  Kadang aku perasan kau marah2 aku dgn syahadah suruh siapkan kerja awal tp kerja tu sebernanya LAMBAT GILA kot nk kene submit. Aku tak nak la marah2 kalau pasal grouping. Aku tak suka nk marah dan siapa je yg suka kena marah kan??

Cth la asgnment yg kena submit lambat tu asgnment arab. Hah. igt lagi tak. kau tak marah cuma kau tegas kau nk siapkan awal padahal benda tu lambat lagi kot. Aku dgn nk pergi langkawi nya bila masa pula aku nk siapkan video arab. Sokay lah maybe salah aku sbb date pergi langkawi tu tak sesuai tp wth kan lambat lagi.chillex. Akhirnya aku dgn adah buat keputusan utk buat partner je. Senang. Selesaii babe. Kteorg yg selesai dulu yg lambat buat kerja nie dr korang yg terlebih awal buat kerja. Dah cukup pasal agnment, Setiap hari benda yg sama berlaku. Aku penat dan aku giveup akhirnya aku buat keputusan utk tukar group terus tanpa bgtahu apa2. Im sorry dear. Takda niat aku utk kecewakan kau. Aku cuma penat.


Utk housemates, aku minta maaf pd korang semua. Jujur aku pernah mengata. Ah aku manusia. Semua manusia pernah berdosa. Same as me. Dah la eh lepas nie korang jaga diri elok2. Bersihkan rumah nie kalau nmpk kotor. Pinggan mangkuk cuci lepas makan. Pinggan2 yg kt sinki kalau dah kering letak kt bakul. Benda simple kan? mudah je kan? tak kena seberang laut pon nk kena letak pinggan tu nk basuh pinggan mangkuk tu. Sampah tu kalau da nmpk penuh buang la. Takkan tangan aku je kot nk pergi buang. Aku tahu la aku dgn adah je yg rajin masak lately nie tp please ah sampah tu sama2 kan? Dlm tu ada sampah korang jugak apa salah nya buangkan sekali. Tak ikhlas pon takpa la janji tak berulat dapur kita. Kita? sorry utk sem nie je dapur kita. Sem depan aku dah takde. Oh ye nk cakap lg. Masing2 tu jgn la kedekut. Faham2 la apa maksud aku nie. Klau tak faham jugak and korang masih tak nampak di mana kedekut korang tu silakan whatsapp aku. Nnti aku explain kan.

Untuk awak yg pernah kerja grouping dgn sy sekali lg sy minta maaf. Aku tak benci kau dan aku sayang kau tp maaf aku mmg tak boleh jadi kawan yg kau idamkan mcm mana kawan2 kau yg lain. Mereka lebih perlukan awak dan awak perlukan mereka. Carik la kawan yg boleh membawa kita ke akhirat. Itu la yg di panggil SAHABAT. Jaga diri. Sekali lagi maafkan diri ku yg naif ini. Assalamualaikum..
Image result for sorry



Luahan perasaan hati
13.5.14 | Tuesday, May 13, 2014 | 0 comments
Blogg aku nk bgtahu nie. Kecik hati aku blog. Adalah seorang kwn aku nie nama dia lily (bkn nama sbenar) aku knal dia masa aku dlm poly. Mula2 aku tgok dia okay tp lama2 aku bengang kwn dgn dia. Dia kn mcm kerek je. Mean, aku rimas dgn org yg kerek merek nie. Sana sini nk ckp besau yg dia tu ini. Kdg benda tu dia taktahu pon tp lagak dia mcm tahu beno. Aku penat and rimas jmpe org mcm nie sbb nya masa aku spm dlu pon kt sekolah ada jgk org mcm nie. Kdg mengata2 brang aku tp dia pkai jgk barang aku tu. Member aku lg 1 pernah tegur kau nie mcm lembik sgt sbb kdg dia ckp gan org kasar. Bahasa dia jgn kata. Boleh guriskan hati org even dia bergurau.

Aku tak suka org mcm tu sbb dia perempuan. Tak elok pakai bahasa2 yg mencarut. Kita perempuan kn kena la jaga semuanya. Haihh.. Sepanjang dlm poly byk jgk aku terasa dgn dia tp aku tak pernah nk melawan. I mean cth la dia pggil aku sial ke or apa2, aku tak pernah nk balas balik. Bkn nk kata aku baik tp ia mmg betul. Nama pon segmen nk luahkan kan.

Sekarang tgah cuti sem, aku masih kecik hati dgn dia walaupon kteorg tak bertegur. Nk tahu apa? Mmg tak menafikan kteorg tak rapat tp aku taktahu la bila aku tgok je nama dia aku terasa hati betul dgn dia. Aku taktahu knp. Dia mcm memilih. Bila aku mention dia, dia takde pon nk respond. Bila dgn org lain, dia kamain lg reply then like2 status bagai. Time aku takde pon. Aku jealous?

Of coz, bkn jealous apa. Hey beb dia kenal aku kot. Cuba la respond and layan aku mcm org lain even tak special tp just bg respond. Aku tak mintak lebih sbb mcm aku ckp td tak menafikan kteorg bkn rapat sgt tp dia rapat dgn mmber2 baik aku. So kau rasa kau tak terasa ke dgn prbuatan dia mcm tu? Dia layan mmber2 rapat kau nie tp bila kau sndiri mention dia, dia takde respond.

Yelah lily aku sedar aku siapa. Aku jahat. Tak menafikan jgk mmg aku pernah mengata dia tp kdg2 mengata tu 1 luahan. Aku taktahan jd aku cerita pd mmber aku. Maybe dia tahu tp biarlah tp jgn la layan aku mcm tak wujud je. Pernah skali ramai mmber aku lepak blik aku. Dia pon ada sekali. Semua layan dia. Aku? Mcm tak wujud je kt situ. Aku keluar dr bilik aku menangis puas2 dlm toilet. Bila aku kluar toilet ada sorang kwn aku tegur dia takut tgok aku dia kata aku mcm bkn aku. Maybe mata aku merah tp tak nmpak la dlm keadaan nangis sbb time tu malam so gelap tak nmpak sgt.

Aku luahkan dkt bff aku. Zaffy fyrra time tu dia je yg faham aku. Aku nk luahkan kt syada tapii aku taknak ganggu dia dgn emosi aku yg mcm nie and aku taknak dia tahu aku menangis. Tp klau dia baca blog nie, dah kantoii la. Hehe. Sangat sedih time tu hanya Allah je tahu.