You've strumbled to my wishland. Do follow my bloggie pretty+Follow me or go Home ?
//story SaβЧЧ lah
Author Story Linkies Credits
Latihan Industri Di Wildlife Park Langkawi 2015
25.2.16 | Thursday, February 25, 2016 | 0 comments
Memandangkan aku suka travel dan masa bulan feb tempoh hari aku pergi vacation dgn family aku dekat langkawi. Masa tu jugak lah aku dah jatuh cinta dengan langkawi so aku buat keputusan untuk ambik praktikal dekat langkawi. Aku ingatkan mak aku tak bagi tapi dia cakap boleh dengan bersyarat aku kena ada kawan praktikal sama-sama. Hah, mestilah kawan aku tu syada, Dah dia je yg aku ada dkt poly nie. I mean paling BFF nk  mati. Hahahaha.

So pengalaman aku praktikal dkt wlp (wildlifepark langkawi) memang best. Tapi biasa lah, semua tempat kerja ada kekurangan dia kan. Sama mcm dkt sini. Ada kelebihan ada kekurangan. Dekat bahagian wlp nie ada 4 section. ABC dan D. Setiap hari kami akan random untuk jaga setiap section. Kira aku nie customer services lah. Tour guide. Tapi guide bahagian section kau je yg masa bertugas tu melainkan kalau customer kau request utk sampai habis baru lah pergi. Masa  nie paling best sebab kau akan ternanti nantikan duit tips. Even tak berharap tapi mesti ada sedikit kuman dlam hati kau berkata-kata "ada tips tak agak2" hahah. depends la pada customer tu kadang dia bagi kadang tak. Berdasarkan pengalaman aku, biasanya customer melayu nie tak bagi. Majoriti lah xbagi nyerr, Customer arab yess dia bagi kau tips. Depa nie kaya. Asal kau layan depa, ilmu ciput pun tak apa, layan anak-anak dia, haaa dia bagi punya. Jujur la aku cakap kadang2 aku tak ikhlas jgk nk guide dieorang nie bukan sebab apa, sebab dieorang nie degil siket tak faham bahasa kurang ajar pun ya. Haihh stress aku dibuatnya masa musim depa tu. Tapi ilmu jgn kedekut lah ya.. even arab tu tak faham sangat apa aku cakap kau kena cari sesuatu yang boleh dia faham contohnya time tu jugak ke kau translate, kau tunjuk gambar ke kan, bahasa isyarat. Macam tulah lebih kurang. Bagus juga jadi tour guide nie sebab dia mcm cikgu. Beri ilmu pada anak2 murid. Pahala kita sentiasa mengalir kalau dia masih ingat apa yang kita sampaikan. 

Weh orang2 kedah peramah hang tauuu.. Seronok kawan dgn depa tu. Dengan aku2 ikut sekali loghat dia, Dkt dalam park nie tak ada harimau singa which mean takde haiwan yang buas2. Semua jinak semua kecik kecik comel comel. Sesuai sangat2 untuk orang yg ada anak kecik utk pergi kt tempat nie sbb dkt sini kau boleh feeding haiwan-haiwan kt dalam tu. Kita ada jual makanan utk haiwan dalam 1 bag tu utk semua haiwan rm6 .. itu tahun 2015 la. taktahu kalau tahun 2016 nie dia da naik harga ke belum. Harap2 kekal lah. Hihi. Biasa tempat pelancongan nie tak ada yang murah. Kalau kau pergi time cuti sekolah hah alamatnya mmg mahal lah. Percaya la aku. aku cerita nie based on experience tau!

Apa yang ada dkt dalam nie.. haa meh aku share gambaq. Aku malas nk taip satu satu sebab banyak kot kang bosan pulak an.. kita mula dkt section A dulu nahh..

Section A



Biasa section nie ada Macaw, Flamingo, Raccoon, Ular Sawa burma + batik, Brahma Chicken , ada lagi yang lain-lain. Takleh cakap semua nanti tak suprise. Hehe.

Section B



section B nie aviary di mana binatang2 dkt sec nie, di lepaskan. Freedom kecuali burung budgie sebab trademark burung budgie nie makan dkt atas tapak tangan kita. Haa boleh nampak kan burung2 tu hinggap kt atas tangan kita. Cer tengok gambar kancil tu. Dia pun sama lah terlepas ikut dan dia ja. Dia nie pemalu siket susah customer nk pegang dia. Aku sendiri pun tak dapat. Dapat cuit siket sikeet. Seronok dia makan ek.. binatang lain yang terlepas kt sec nie .. jeng jeng jeng.. suprise.. kadang2 dia dekat sebelah awak je haa merayau2. Hati-hati.

Section C



Dekat sini binatang buas dia buaya je. Jangan risau buaya dkt sec nie tak terlepas. Hahaha.. kt sini ada rusa kau boleh feed dia, arnab, sama la kau boleh feed jugak, tu haa landak. porcupine nama english dia pun kau boleh feeding dia. Ada ostrich, kawasari, emu, dan ada lagi yang harus dirahsiakan.

Section D





 nie section last. kecik je. ada helang, hornbill dengan monyet. Monyet paling super jinak and super comel nama dia max. Dekat gambar tu la nama dia max betina. Nie monyet "blue monkey" jangan tanya kenapa dia tak biru. Memang nama dia mcm tu. Biasa kt sec nie pertunjukkan haiwan eagle dgn hornbill.. tengok customer tu feed hornbill ini selepas kita bg talk, baru la boleh masuk ke dalam kalau nk cuba bagi makan. FREE sahaja.





nie nama dia helang merah.. yang pertunjukkan tu kita pakai helang "white bellied sea eagle"
tak ada gambar pula nk share sbb susah siket nk ambik gambar dia. Dia kan dalam sangkar.




itu jela aku nk share. Ada lagi aku nk cakap. Awak2 semua kalau pergi sana, TOLONG LAH, TOLONG SANGAT2, dengar cakap educator dkt situ dan signage (makanan utk feed haiwan) yang telah disediakan. Ikut peraturan. Haiwan nie kita tak boleh bagi sesuka hati kita. Dieorang nie ada makanan dia sendiri. Dia bukan mcm manusia makan je semua. Please tau ikut rules dan dgr arahan educator (guide) dekat sana. Kami nie penat kadang bukan apa contoh satu haiwan yg saya bagi. Flamingo. makanan dia fish pellet dan cara dia letak dkt tangan dan hulur. Jangan takut dan jangan buang terus campak ke dalam kolam dia SEBAB kami dah train flamingo tu utk makan di tangan. Kesian kt kami hari2 duk train dia bagi makan dkt tangan sbb trademrk dia makan dkt tangan. Ini tak. anda baling ikut suka anda. Customer yang lain akan tidak puas hati kalau flamingo tu taknak makan dkt tangan.  Sebab dah terbiasa orang campak fish pellet kt dalam kolam jadi dia tunggu lah makanan tu campak kt dalam kolam.

Contoh kedua, burung macaw. Awak akan complain kalau dia taknak dtg kt awak dengan alasan dia kenyang. Yes dia kenyang sbb anda yang buat. Awk bagi makan buah buahan. ye mmg dia boleh makan tapi kena beringat bukan awak sorang je yg dtg kt tmpt tu. Customer lain nk cuba dah dia tak mahu dtg. Bila educator kata bagi makan kuaci dan kacang so ikutkan aje. Kalau nk bg buah tanya dulu pada educator tu boleh tak nk bagi buah. Jangan risau jika awk xbagi buah dkt macaw pun, ada binatang yg lain makan buah tu. Food pack awk akan habis dengan bimbingan educator kt situ. Dia macam "kau pergi rumah orang, so kau kena ikut rules rumah org tu. jaga adab dan sebagainya". harap ini membantu.. insyaAllah.